500 sambut Maal Hijrah, dengar ceramah Ustaz Kazim

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

GADEK 24 Julai – Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek disambut dengan penuh kesyukuran dihadiri kira-kira 500 tetamu.

Sambutan diadakan di Masjid Al Qaneetin, Kampung Tanjung Rimau di sini dimeriahkan dengan penampilan pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias.

Beliau menyampaikan Ceramah Perdana bertajuk ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’.

Terdahulu, sambutan bermula seawal jam 7 petang tadi dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Imam 2  Masjid Al Qaneetin Muhammad Amirul Ariff Abdul Ghani.

4056a5d2-eedb-4772-8d5a-f0043c84d31d
Antara jemaah yang hadir memeriahkan sambutan penuh kesyukuran itu

Kazim dalam ceramahnya berpesan konsep keutuhan perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi agama Islam yang merupakan agama perpaduan.

Malah katanya, masyarakat perlu membawa nama baik agama Islam dan bukan menjadi pencetus kepada perpecahan dan pergaduhan.

“Jangan salah untuk gunakan nama Islam, jadi jangan kata kita ini Islam, kalau apa yang kita bawa adalah perpecahan dan pergaduhan,” katanya.

Selesai ceramah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Kazim sebelum majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah.

Hadir sama, Penghulu DUN Gadek, Mohd Al Hafiz, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Rimau Luar, Zainuddin Merah JPKK Tanjung Rimau Dalam, Long Nadzran serta tetamu lain.

f012385a-262c-4b2c-a7ab-a0831f9a4dc9
SHANMUGAM menyampaikan cenderahati kepada pendakwah bebas itu selepas selesai menyampaikan ceramahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2215
Kongsi :
Previous post Salahuddin Ayub pejuang kos sara hidup rakyat
Next post Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot
Ubah saiz-+=