
Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot
PONTIAN, 24 Julai – Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat di sini hari ini.
Van yang membawa jenazah Ahli Parlimen Pulai itu tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya di Jalan Adil, di sini dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.
Suasana pilu menyelubungi suasana ketika Jemaah membacakan surah Yasin, tahlil dan doa arwah.
Solat jenazah diimamkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat sebelum solat Zuhur.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Timbalan Presiden Amanah itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha dan empat anak lelaki dan dua anak perempuan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
84 KOMUNITI MADANI JADI JENTERA AKAR UMBI SEMARAK KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
AYER KEROH 16 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka digerakkan bagi perhebat kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan...
AMBULANS PBT MELAKA KENDALI 600 KES KECEMASAN
AYER KEROH 16 Ogos - Lebih 600 kes kecemasan telah dikendalikan menerusi Operasi Ambulans (OBT Ambulans) Kerajaan Negeri Melaka, iaitu...
‘SAYA TIDAK MAHU ADA RAKYAT TIADA MAKANAN DI RUMAH’
TELOK MAS 16 Ogos β Komitmen membantu golongan memerlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas tidak terhad kepada program...
