604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN

Masa Membaca:59 Saat

ALOR GAJAH 25 November – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM87.03 juta menerusi Op Tiris 3.0 bermula 1 Januari hingga 22 November 2024.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak 39,069 pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara dengan 2,521 kes direkodkan sepanjang tempoh sama. `

“Individu ditangkap ini melibatkan rakyat tempatan dan warga asing, kita sedia maklum op ini dilaksanakan untuk menangani isu ketirisan yang memfokuskan kepada barang kawalan serta subsidi.

“Tumpuan Op Tiris adalah diesel bersubsidi sebelum diperluaskan lagi membabitkan petrol RON95, minyak peket, gula dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan KPDN 2024 di Kem Permata Resort, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dan Pengarah KPDN Negeri Melaka, Norena Jaafar.

Dalam pada itu beliau berkata, KPDN turut melaksanakan Op Kesan dengan memeriksa sebanyak 4,200 premis.

“Jumlah itu direkodkan bermula 1 Januari sehingga 23 November 2024, bagi tempoh ama KPDN turut menerima sebanyak 166 aduan awam seluruh negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

91
Kongsi :
Previous post KEBERADAAN PENGUAT KUASA KPDN DIPERTINGKAT
Next post MBMB GUNA PERUNTUKAN DALAMAN BINA KOLAM TAKUNGAN SEMENTARA BUKIT RAMBAI
Ubah saiz-+=