7.3 juta pengguna muat turun aplikasi MyJPJ

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 31 Oktober – Aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau MyJPJ dilancarkan Februari lalu sudah dimuat turun oleh 7.3 juta pengguna setakat ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, setakat 6 Oktober lalu pula, seramai 6.5 juta pengguna direkodkan telah menggunakan lesen digital menerusi MyJPJ.

Katanya, JPJ menyasarkan lebih ramai pengguna memuat turut aplikasi MyJPJ seterusnya beralih kepada lesen digital berbanding lesen fizikal.

“Menerusi aplikasi MyJPJ pengguna boleh memperbaharui lesen atau cukai jalan dan semuanya adalah secara digital, kami sasarkan lebih ramai akan beralih kearah digitalisasi menjelang 2024.

“Namun bekalan lesen, cukai jalan dan geran fizikal masih mencukupi, setiap JPJ setiap negeri mempunyai stok fizikal.

“Pemakluman ini disebabkan terdapat keresahan dalam kalangan orang awam mengenai bekalan lesen, cukai jalan dan geran fizikal. Kami sentiasa memantau bekalan, saya minta orang awam jangan khuatir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Memandu Sempena Program MyLesen (B2) Peringkat JPJ Negeri Melaka di Dewan Muzium Rakyat, di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan timbalannya, Zahari Abd Kalil serta Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

823
Kongsi :
Previous post Lif rosak, APM bantu turunkan tiga sekeluarga
Next post Cadangan naik taraf lesen motosikal B2 kepada B diperincikan akhir tahun ini – JPJ
Ubah saiz-+=