76 anak sulung masuk universiti

Masa Membaca:56 Saat

DURIAN TUNGGAL 2 Oktober – Seramai 76 pelajar B40 dipilih melanjutkan pelajaran ke universiti awam menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) tahun ini.

Menteri Pegajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, program itu menjadi perintis bagi membantu anak pertama dalam keluarga ke menara gading.

“Lapan uniersiti awam terlibat dalam program ini, pelajar bukan saja diberikan laluan khusus masuk ke universiti, tetapi ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan ‘mentoring’ sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.

“Program SULUNG ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang merupakan anak pertama dapat masuk ke universiti awam, sebab itu kita namakan SULUNG.

“Dengan harapan mereka sedikit sebanyak mampu mengubah kehidupan keluarga dan menjadi contoh kepada adik-beradik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran melanjutkan pelajaran di bawah program SULUNG di Taman Seri Bayan, Gangsa, di sini, hari ini.

Terdahulu Dr Noraini menyerahkan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti awam kepada Muhammad Hakimi Yunus, 19.

Muhammad Hakimi merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang berpeluang melanjutkan pelajaran mulai 12 Oktober ini di peringkat ijazah bagi jurusan elektronik selama empat tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1644
Kongsi :
Previous post Pemerkasaan pengguna diharap jadi agenda bajet 2023
Next post Pelanggan dobi terkejut jumpa ular sawa dalam mesin dobi di Johor
Ubah saiz-+=