83 nelayan terjejas aktiviti korek pasir terima sagu hati

TANJUNG BIDARA 26 Okt. – Seramai 83 nelayan berlesen dan nelayan darat di Alor Gajah yang terkesan dengan aktiviti pengorekan pasir di Sungai Rembau menerima sagu hati disampaikan syarikat konsesi terlibat.

Saguhati bernilai RM800 itu diberikan kepada nelayan terjejas dari pengkalan Tebing Urut, Paya Lebar, Teluk Berembang, Ramuan China Kecil dan Bukit Beruang, Alor Gajah yang sebelum ini kerap mengadu hasil tangkapan terjejas susulan berlakunya pencemaran sungai daripada aktiviti berkenaan.

Majlis penyampaian saguhati tersebut telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee ketika mengadakan sesi dialog bersama nelayan Alor Gajah di sebuah chalet di Padang Kemunting, di sini.

Dalam majlis itu, Norhizam turut mengotakan janjinya sebelum ini untuk memberikan kad nelayan sungai kepada 40 orang nelayan darat yang selama ini keluar menangkap ikan di sungai secara tidak sah.

Norhizam berkata, walaupun tidak menerima insentif seperti nelayan berdaftar yang lain, namun dengan adanya kad tersebut, nelayan darat yang ada di kawasan itu kini bebas untuk keluar menangkap ikan tanpa rasa takut.

“Subsidi minyak dan insentif seperti nelayan berdaftar memang mereka tak dapat. Tapi dengan adanya lesen, kini mereka boleh bergerak bebas untuk menangkap ikan di sungai yang mereka mahu,” katanya.

Views:

73
Previous post PAS Melaka cadang wujud jawatankuasa COVID-19 diwakili parti politik
Next post Lega dapat peluang kedua