
40,000 meriahkan Melaka Munajat
AYER KEROH 21 Januari – Lebih 40,000 umat Islam hadir ke program Melaka Munajat, malam tadi tidak berganjak dan menunggu hingga majlis ilmu itu selesai meskipun lokasi penganjuran di Dataran Sejarah Ayer Keroh, dilanda gerimis.
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati umat Islam mula membanjiri lokasi penganjuran majlis ilmu itu seawal jam 5 petang lagi.
Malah sehingga jam 9.20 malam, masih ada umat Islam dilihat hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu itu.
Pembukaan Melaka Munajat pada jam 6.30 petang bermula dengan Zikir Munajat diikuti solat Magrib berjemaah diimamkan Ustaz Abdul Karim Al Makki.
Majlis diteruskan dengan tazkirah disampaikan Maulana Wan Helmi diikuti Qasidah dipimpin oleh Ustaz Sayyid Arshid, majlis ditutup dengan Mahal Qiyam dan Bacaan Doa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
