
Cuaca panas di Melaka belum di tahap berjaga-jaga
AYER KEROH 5 Februari – Cuaca panas dan kering yang melanda negeri pada ketika ini belum sampai ke tahap berjaga-jaga.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan berkata, ia adalah berikutan suhu yang direkodkan oleh stesen-stesen cuaca di negeri ini masih berada di bawa bacaan 35 darjah celcius.
Katanya, sesuatu kawasan hanya akan direkodkan sebagai tahap 1 atau berjaga-jaga apabila merekodkan bacaan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Bagaimanapun, jelas kenyataan itu, terdapat dua stesen di Negeri Melaka direkodkan tidak menerima hujan selama tujuh hari berturut-turut.
“Dua stesen itu ialah Felda Hutan Percha Tun Ghaffar Baba di daerah Alor Gajah dan Stesen Meteorologi L.T. Melaka di daerah Melaka Tengah.
“Kedua-dua stesen mencatat bacaan hari tanpa hujan selama tujuh hari setakat 4 Februari,” kata kenyataan itu.
Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia setakat semalam, terdapat tiga kawasan di Semenanjung Malaysia dikategorikan sebagai kawasan kering Tahap 1 (berjaga-jaga).
Tiga kawasan itu ialah Pokok Sena, Sik dan Baling di Negeri Kedah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
