
Dua lelaki didakwa bunuh kakitangan MPM
LUMUT, 8 Mac – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kakitangan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bulan lepas.
M. Saravanan, 43, yang bekerja sebagai pencuci kereta dan M. Thamilselvan, 48, yang tidak bekerja, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret T. Kavita.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua lelaki itu didakwa membunuh M. Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru, Ayer Tawar, Manjung antara 5 pagi hingga 9 malam pada 10 Feb lepas.
Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 18 April ini untuk sebutan kes bagi laporan kimia dan perubatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain manakala peguam R.R. Segaran mewakili kedua-dua tertuduh.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
PRN MELAKA: VISI JASMINE PACU KOTA MELAKA LEBIH DINAMIK – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Kota Melaka perlu terus diperkasakan sebagai pusat ekonomi dan pelancongan yang lebih dinamik menerusi pendekatan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA SUNGAI UDANG IDAM KEMUDAHAN SUKAN SELESA, SELAMAT
SUNGAI UDANG 8 November - Padang bola sepak yang lebih sempurna, gelanggang sukan selamat serta penambahan kemudahan riadah antara harapan...
