
RTZ Esport juara sulung pertandingan Mobile Legends Online
PASUKAN RTZ Esports melakar sejarah selepas menjadi juara dalam pertandingan Mobile Legends Online yang dianjurkan kali pertama oleh Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA) pada 29 November lepas.
Membabitkan penyertaan sebanyak 32 pasukan, pasukan RTZ Esports bertemu dengan pasukan Bronze3.0xrusuh pada perlawanan akhir pertandingan tersebut.
Dengan kemenangan tersebut, RTZ Esports berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM600 beserta sijil, manakala Bronze3.0xrusuh selaku naib juara terima RM400 beserta sijil.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM1,500.
Penganjuran pertandingan tersebut merupakan kali pertama diadakan oleh MEA selepas ia ditubuhkan pada 20 Oktober lepas.
MEA menerusi kenyataan di Facebook rasminya baru-baru ini menyebut MEA akan sentiasa komited dalam menyediakan pertandingan sukan elektronik (Esport) pada masa akan datang, supaya Esport di Melaka dapat diperkasakan.
Views:
Related


Berita Lain
ORKESTRA MELAKA DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
SERI NEGERI 11 Disember – Orkestra Melaka akan dilancarkan hujung tahun ini sebagai tarikan baharu kepada pelancong selaras dengan usaha...
16 PASUKAN MERIAHKAN SEPAK TAKRAW VETERAN TERTUTUP PARLIMEN TANGGA BATU
PANTAI KUNDOR 10 Disember - Sebanyak 16 pasukan bersaing pada Kejohanan Sepak Takraw Veteran Tertutup Parlimen Tangga Batu yang julung...
INISIATIF RM50,000 BAIK PULIH, NAIK TARAF FASILITI SUKAN SETIAP DUN DI MELAKA
SERI NEGERI 9 Disember - Kerajaan Negeri Melaka menyediakan peruntukan RM50,000 bagi melaksanakan kerja naik taraf dan baik pulih kemudahan...
WRUR BUKIT KATIL PENANDA ARAS ‘DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT’
BUKIT KATIL 7 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menjadi penanda aras...
WRUR: MELAKA HARAP SPRM PERLUAS PERANAN ANTI RASUAH
BUKIT KATIL 7 Disember - Kerajaan Negeri berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat perluaskan peranan untuk menyemai kesedaran mengenai...
JEJANTAS TUN TEJA SAKSI WANITA MARTABAT SUKAN TRADISIONAL
PENGKALAN BATU 6 Disember - Jejantas Tun Teja mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi 'medan' pertandingan sukan tradisional buat julung kalinya....
