
TMJ ucap takziah atas pemergian ahli keluarga Syafiq Ahmad
JOHOR BAHRU, 6 Dis – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan salam takziah kepada penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Muhammad Syafiq Ahmad dan keluarganya, atas pemergian anak lelaki, ibu mertua dan pembantu rumahnya, selepas terlibat kemalangan di Pulau Pinang, awal pagi tadi.
“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” titah baginda dalam satu hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, sebentar tadi.
Pemilik Kelab JDT itu juga turut menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan kemalangan itu bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga.
Dalam kejadian pada pukul 5.36 pagi itu, bayi lelaki Syafiq berusia 22 hari, ibu mertuanya Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumahnya iaitu wanita warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an, maut dalam kemalangan itu manakala penyerang JDT berusia 25 tahun itu bersama anak perempuannya Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan.
Isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, pula dilaporkan cedera parah.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
