
Pembangunan Lesung Batu perlu mengikut syarat asas
AYER KEROH 12 Dis. – Kerajaan tidak bercadang untuk membina Klinik Kesihatan, Pusat Komuniti Desa dan stesen minyak di kawasan Lesung Batu di Daerah Alor Gajah.
Datuk Seri Utama Idris Haron (BN-Sungai Udang) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau Melaka berkata, pembinaan kemudahan sedemikian perlu bergantung kepada syarat-syarat asas yang telah digariskan kerajaan.
“Untuk maklumat, jarak antara Lesung Batu dan klinik kesihatan terhampir adalah radius tiga kilometer dan stesen minyak enam kilometer.
“Beberapa lagi syarat iaitu jumlah penduduk umpamanya sekarang anggaran sekitar 5,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian pada sesi soalan lisan di hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, hari ini.
Idris menjawab soalan Datuk Ginie Siew Lin (PKR-Machap Jaya) mengenai perancangan terdekat kerajaan negeri untuk mewujudkan membina Klinik Kesihatan, Pusat Komuniti Desa dan stesen minyak di kawasan Lesung Batu di Daerah Alor Gajah memandangkan peningkatan kawasan perumahan dan populasi sejak lima tahun kebelakangan ini.
Views:
Related

Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...

