
BLACK, HATTAN ‘GEGAU’ RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 24 April – Artis popular tanah air seperti Black dan Dato’ Hattan bakal menggamatkan lagi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang yang diadakan pada Sabtu ini (26 April).
Penyelaras DUN Sungai Udang Datuk Rais Yasin berkata, majlis penuh kemeriahan itu akan diadakan di lokasi baharu iaitu Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang (dahulu dikenali sebagai Melaka Tropical Fruit Farm).
Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, majlis tersebut berlangsung selama lima jam iaitu bermula pada jam 11 pagi dengan pelbagai juadah serta hidangan istimewa turut disajikan.
“Selain persembahan artis popular, majlis akan diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri serta Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya dalam satu hantaran video di laman Facebook rasmi beliau.
Justeru itu, Rais menjemput semua warga Sungai Udang dan rakyat Melaka serta luar Melaka untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut yang berlangsung sehingga jam 4 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TALI AIR SUNGAI SIPUT KEMBALI RIUH, 100 ORANG KAMPUNG TURUN MEMANCING
AYER LIMAU 13 September - Selepas sekian lama sepi tanpa aktiviti, kawasan tali air berhampiran Masjid Ar-Rabbani, Kampung Sungai Siput,...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA ‘HIDUPKAN’ EKONOMI KOMUNITI AYER LIMAU
AYER LIMAU 13 September - Festival Sungai Melaka 2026 bukan sekadar memeriahkan kawasan sungai di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)...
WRUR DUN AYER LIMAU SANTUNI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
AYER LIMAU 13 September - Pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau mendapat sambutan...
HANYA MELAKA ADA WRUR, MUDAHKAN URUSAN SELESAI MASALAH RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia melaksanakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bertujuan mempermudahkan...
MELAKA TAK ADA MASALAH ‘ORDER’ LAIN DAPAT LAIN, KITA ADA KAMPUNG DIGITAL
KUALA LUMPUR 12 September - Usaha Kerajaan Negeri mentransformasikan 618 Kampung tradisional kepada Kampung Digital iaitu inisiatif pertama seumpamanya di...
AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu...
