
MPHTJ KOMPAUN DUA PREMIS MAKAN ‘KOTOR’, LANGGAR SYARAT
AYER KEROH 22 Mei – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengeluarkan 15 kompaun atas pelbagai kesalahan terhadap pengendali dua premis pada Operasi Kebersihan Gerai Makanan dan Lesen Perniagaan, baru-baru ini.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata sepanjang operasi tersebut dijalankan, secara keseluruhan MPHTJ telah memeriksa sebanyak 13 premis.
Katanya, operasi terbabit dijalankan susulan aduan diterima daripada orang awam berhubung aspek pelanggaran syarat permit.
“Dua premis yang dikompaun didapati melanggar syarat permit kerusi meja dan sitaan juga dibuat oleh pegawai penguatkuasa melakukan pemeriksaan ketika operasi.
“Antara kesalahan dikesan adalah tiada lesen perniagaan, halangan kerusi meja, tidak menyelenggara perangkap minyak dan premis kotor ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Sapiah berkata 15 kompaun yang dikeluarkan itu adalah melibatkan pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred MPHTJ 2010.
“Kita juga telah mengeluarkan notis ingatan kepada pemilik kedai makanan agar sentiasa memastikan premis mereka bersih, diselenggara serta mematuhi syarat-syarat lesen telah ditetapkan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: USAHA BN DI REMBIA REDAKAN BANJIR, PENDUDUK SUNGAI PETAI LEGA
REMBIA 3 November - Pembinaan longkang baharu di Kampung Sungai Petai berjaya mengatasi masalah banjir berulang yang sekian lama membelenggu...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...
BUKA PELUANG KEDUA KEPADA KLIEN PUSPEN DALAM SEKTOR AGRIKOMODITI
PANTAI KUNDOR 3 November - Klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) berpeluang memperoleh kemahiran dalam sektor agrikomoditi menerusi cadangan kerjasama...
BERBEZA PEGANGAN POLITIK BUKAN ALASAN HUKUM MAHASISWA β AHMAD ZAHID
LENDU 3 November β Perbezaan pendapat dan pegangan politik dalam kalangan mahasiswa tidak seharusnya menjadi alasan untuk pihak universiti mengenakan...
PRN MELAKA: ‘TOK JEZ’ MAHU RTC SUNGAI RAMBAI KEMBALI BERNYAWA
TANJUNG BIDARA 3 November - Menghidupkan semula bangunan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai yang dilihat tidak dimanfaatkan sepenuhnya...
BINA KEPAKARAN PENSYARAH, RINTIS JABATAN KUANTUM UiTM – TPM
LENDU 3 November β Pensyarah berlatar belakang teknologi maklumat (IT) dan digital di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dicadang mengikuti pengajian...
