Sorting by

×

500 PEMANAH BERHIMPUN, SUBURKAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

DURIAN TUNGGAL 4 Jun – Lebih 500 pemanah berhimpun di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, pada 31 Mei dan 1 Jun lalu bagi memeriahkan Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan 2025 (KMTK2025).

Presiden Persatuan Memanah Melaka (MELTRA) Mohd Irham Mohd Ihsan, juga pengarah kejohanan berkata, KMTK2025 selama dua bukan sekadar platform sukan sunnah sebaliknya menguji kemahiran memanah, menyatukan hati dalam semangat budaya, warisan dan agama.

Katanya, KMTK 2025 menyaksikan Sabah dinobatkan sebagai juara keseluruhan diikuti Terengganu dan Melaka sebagai tuan rumah di tempat ketiga.

“Sabah cemerlang dalam kategori dewasa dan remaja, Terengganu menyusul rapat dengan keunggulan kategori remaja lelaki dan perempuan. Melaka selaku tuan rumah pula mengukir sejarah untuk pertama kalinya membuktikan keupayaan mereka di podium dengan pungutan pingat yang konsisten serta semangat juang yang tinggi.

“Antara kategori dipertandingkan adalah kategori Cilik (bawah 9 & 12 tahun), Remaja (bawah 15 & 17 tahun) serta kategori Dewasa Lelaki dan Wanita,” katanya menerusi satu kenyataan.

Whatsapp image 2025 06 03 at 1.17.17 pm
ANTARA pemanah yang hadir meneriahkan KMTK2025.

Sementara itu Presiden Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM) Zainurin Osman berkata, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Festival Memanah Tradisional Malaysia (MITAF) 2025 yang akan berlangsung di Damansara, Selangor pada 9 hingga 12 Oktober nanti.

“Sembilan pemanah terbaik KMTK2025 dipilih untuk mewakili Malaysia ke kejohanan itu nanti yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD30,000 (RM127,350),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1051
Kongsi :
Previous post ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA
Next post KRT TAMAN CHENG JAYA PERKASA KEHARMONIAN KOMUNITI