Sorting by

×

TAMAN PERMAINAN PLAZA SUNGAI UDANG DINAIK TARAF

Masa Membaca:55 Saat

SUNGAI UDANG 4 Jun – Taman permainan kanak-kanak di Plaza Sungai Udang bakal berwajah baharu dengan dilengkapi dengan kemudahan riadah untuk penduduk setempat.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, taman permainan itu akan dinaik taraf dengan peruntukan hampir RM50,000 oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Katanya, penambahbaikan itu dilaksanakan berikutan kawasan terbabit kecil dan sempit manakala penambahan penduduk sekitar semakin meningkat.

“Kita naik taraf taman permainan ini bagi memberi ruang kepada kanak-kanak dan ibu bapa beriadah dengan selesa.

“Pihak MBMB telah meluluskan peruntukan untuk kita naik taraf taman permainan yang lengkap dengan kelengkapan riadah dan senaman ringan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan projek taman permainan kanak-kanak di Plaza Sungai Udang, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Pada majlis itu, Rais yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang turut menyempurnakan gimik penanaman pokok bagi menambah keceriaan dan kehijauan di sekitar Sungai Udang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1995
Kongsi :
Previous post ALUMNI UTEM CIPTA SISTEM PINTAR TERNAKAN IKAN MUDAH ALIH UNTUK KOMUNITI
Next post ‘RAKAN TAMAN’ MPHTJ PUPUK BUDAYA HIJAU, ERATKAN KOMUNITI