Sorting by

×

PEMBANGUNAN PANTAI PUTERI PACU EKONOMI MARITIM MELAKA

Masa Membaca:58 Saat

SERI NEGERI 29 April – Kawasan Pantai Puteri dikenal pasti sebagai sebahagian daripada zon pelabuhan dan industri utara di bawah Pelan Induk Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ), sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi baharu Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perancangan itu memberi tumpuan kepada pembangunan industri maritim berimpak tinggi dengan memanfaatkan kelebihan semula jadi perairan yang mempunyai kedalaman sehingga 20 meter.

“Kedudukan strategik kawasan Pantai Puteri yang berhampiran Pelabuhan Tanjung Bruas serta Pusat Penapisan Minyak Petronas Sungai Udang turut mengukuhkan potensi pembangunan bersepadu di sepanjang pesisir Pantai Puteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Tuminah Kadi@Mohd Hashim (BN-Pantai Kundor) mengenai perancangan pembangunan di Pantai Puteri pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri turut menegaskan bahawa pembangunan tersebut dirancang secara menyeluruh dan berfasa melibatkan dua syarikat konsesi dengan keluasan penambakan kira-kira 352.08 hektar (870 ekar).

“Berdasarkan status semasa, proses penambakan telah mendapat kelulusan teknikal dan sedang giat dilaksanakan, serta dijangka mengambil tempoh 10 tahun sebelum pembangunan dapat dilaksanakan secara berfasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

477
Kongsi :
Previous post DUA PERSIMPANGAN BERBAHAYA DI BUKIT RAMBAI AKAN DINAIK TARAF
Next post MELAKA OPTIMIS TAWAR LEBIH BANYAK PRODUK PELANCONGAN DI LOKASI BAHARU