
DUA PERSIMPANGAN BERBAHAYA DI BUKIT RAMBAI AKAN DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April – Persimpangan berbahaya yang kerap berlaku kemalangan di kawasan Bukit Rambai bakal dinaik taraf tidak lama lagi.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, lokasi berkenaan melibatkan Persimpangan Bukit Rambai-Tanjung Minyak dan Persimpangan Taman Datin Fatimah.
Jelas beliau, projek naik taraf jalan negeri itu bakal membabitkan peruntukan berjumlah RM800,000.
“Kerja-kerja naik taraf dijangka akan bermula pada 12 Mei dan dijadualkan siap pada 1 September depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Datuk Wira Lim Ban Hong (BN-Klebang) mengenai usaha menaik taraf lima persimpangan berbahaya di DUN Klebang pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.
Mengenai tiga lagi persimpangan berbahaya di bawah DUN Klebang seperti yang dinyatakan, Hameed berkata, ia akan dinilai dan kerja naik taraf akan dilakukan sebaik menerima peruntukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ‘MESRA’ KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 3 Oktober - Agenda kesihatan rakyat Melaka terus diperkasa menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan penyakit, saringan awal,...
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
7 TAHUN DALAM ‘GELAP’, HAMDAN RINDU KEMBALI BEKERJA
KOTA LAKSAMANA 3 Oktober - "Meskipun tahu mata saya mungkin tidak akan pulih sepenuhnya, harapan saya cuma satu, untuk terus...
ZOO MELAKA ADA ‘BOARDWALK’ BAHARU, PENGUNJUNG LEBIH SELESA
AYER KEROH 3 Oktober - Laluan pejalan kaki atau 'boardwalk' sepanjang kira-kira 800 meter di Zoo Melaka kini dinaik taraf...
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
