
16 AGENSI KORPORAT SUMBANG ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH 8 JUTA
AYER KEROH 10 Jun – Sebanyak 16 agensi korporat menyampaikan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM8,305,105.72 pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan hadir sama Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat; Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan lain-lain kenamaan.
Lembaga Tabung Haji menyumbang zakat perniagaan tertinggi iaitu sebanyak RM3,155,678.55 diikuti Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM1 juta.
Turut menyerahkan zakat perniagaan termasuk Takaful Malaysia sebanyak RM1 juta dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad sebanyak RM600,000.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: KEPIMPINAN PAS IKRAR SOKONGAN PENUH BUAT CALON BN REMBIA
REMBIA 3 November - Hubungan baik yang terjalin sejak era Muafakat Nasional (MN) menjadi asas kepada sokongan kepimpinan PAS terhadap...
PRN MELAKA: BOLA SEPAK SATUKAN JENTERA BN-PAS DI REMBIA
REMBIA 3 November - Perlawanan persahabatan bola sepak antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
TOK HAMEED SANTUNI PENGUNDI USIA HAMPIR 100 TAHUN DI SUNGAI SIPUT
AYER LIMAU 3 November - Kediaman Mohd Yusof Taib, 98, di Kampung Sungai Siput antara persinggahan calon Barisan Nasional bagi...
PRN MELAKA: USAHA BN DI REMBIA REDAKAN BANJIR, PENDUDUK SUNGAI PETAI LEGA
REMBIA 3 November - Pembinaan longkang baharu di Kampung Sungai Petai berjaya mengatasi masalah banjir berulang yang sekian lama membelenggu...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...

