Sorting by

×

MELAKA REKOD KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM62 JUTA SETAKAT 31 MEI

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 10 Jun – Kutipan zakat di Melaka berada pada landasan positif apabila merekodkan pencapaian berjumlah RM62,535,789.20 setakat Januari hingga 31 Mei tahun ini.

Antara penyumbang utama kepada kutipan tersebut adalah melalui zakat pendapatan iaitu berjumlah RM32,988,457.99, diikuti oleh zakat wang simpanan berjumlah RM11,124,712.41.

Selain itu, zakat perniagaan pula merekodkan nilai kutipan RM8,797,612.68, manakala zakat emas perak RM1,706,302.64; zakat saham RM408,053.66; zakat pertanian RM20,549.82 dan zakat ternakan RM14,729.

Kutipan zakat fitrah pula menunjukkan peningkatan apabila merekodkan nilai kutipan RM7,475,371, meningkat 12.16 peratus berbanding tahun lalu dengan kutipan berjumlah RM6,664,896.

Secara keseluruhan, nilai kutipan itu diperoleh daripada 44,824 pembayar bagi kategori zakat harta membabitkan syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan, agensi dan jabatan Kerajaan Negeri serta individu perseorangan dari seluruh Negeri Melaka.

Manakala, bagi zakat fitrah, ia membabitkan seramai 676,047 pembayar zakat.

Terdahulu berlangsung Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Yang Di-Pertua Negeri Melaka disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat; Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

583
Kongsi :
Previous post 16 AGENSI KORPORAT SUMBANG ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH 8 JUTA
Next post PEKANBARU-MELAKA JAMBATAN BAHARU PELANCONGAN SERANTAU