Sorting by

×

LEBIH 15 RUMAH DIBADAI RIBUT DI PULAU GADONG

Masa Membaca:54 Saat

KLEBANG 11 Jun – Lebih 15 kediaman di sekitar Pulau Gadong, di sini, terjejas akibat ribut dan hujan lebat yang melanda awal pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, beliau menerima panggilan seawal jam 4.30 pagi tadi mengenai insiden yang berlaku.

Katanya, beliau membuat lawatan ke tempat kejadian dan melihat sendiri tahap kerosakan yang dialami penduduk.

“Saya telah menerima panggilan daripada kepimpinan dan penghuni tempatan berkaitan kejadian angin ribut di Kampung Pulau Gadong.

“Sejurus selepas itu, saya bergegas ke tempat kejadian untuk meninjau keadaan dan menyusun atur bantuan dan pertolongan cemas.

“Lebih 15 rumah terjejas dengan tahap kerosakan yang berbeza namun tiada sebarang kecederaan yang direkodkan,” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan, difahamkan kejadian cuaca buruk tersebut telah menyebabkan beberapa kediaman penduduk mengalami kerosakan bahagian bumbung dan struktur rumah.

Dalam lawatan terbabit, Ban Hong turut segera menggerakkan maklumat kepada agensi dan jabatan berkaitan bagi memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan segera untuk membantu mangsa yang terkesan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

788
Kongsi :
Previous post AKCC ANJUR KEJOHANAN GOLF AMAL PIALA PENGERUSI 2026 OGOS INI
Next post PELANCONG INDONESIA GEMAR ‘HEALING’ DI MELAKA