
HOTEL MITC RAI 37 MURID PPKI SK KRUBONG 2
AYER KEROH 11 Jun – MITC Hotel meraikan 37 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi Majlis Sambutan Hari Lahir PPKI Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong 2 di Restoran Bemban, Hotel MITC, di sini, hari ini.
Pengurus Besar MCorp Hotel Sdn Bhd Sazali Sabri berkata, majlis tersebut merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksana hotel tersebut pada tahun ini.
Katanya, tujuan utama majlis tersebut adalah untuk mendekatkan institusi perhotelan dengan masyarakat setempat.
“Majlis ini antara CSR Hotel MITC yang mana kita laksanakan secara santai, bawa anak-anak ke hotel ini dan menikmati sarapan pagi dengan pelbagai juadah yang ditawarkan secara bufet.
“Secara keseluruhan 70 peserta hadir termasuk ibu bapa, guru termasuk Hadir sama, Guru Besar SK Krubong 2, Salimi Che Mad dan murid yang diraikan,” katanya kepada Melaka Hari Ini
Salimi berkata majlis CSR Hotel MITC itu memberikan peluang kepada anak-anak PPKI SK Krubong 2 menikmati pelbagai makanan yang ditawarkan sebagai sarapan.
Katanya, tambahan pula murid-murid turut diraikan menerusi Majlis Sambutan Hari Lahir untuk yang lahir dari Januari hingga Jun.
“Secara keseluruhan, kerjasama ini memberi ruang anak-anak PPKI menjalani pembelajaran luar bilik darjah sebagai pendedahan kepada murid-murid.
“Terima kasih Hotel MITC atas majlis santai yang disediakan, anak-anak PPKI SK Krubong 2 semuanya gembira dan selepas bersarapan akan di bawa ke Taman Rama-Rama bagi proses pembelajaran lain pula,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


