Sorting by

×

UNIMEL, ALAM BAKAL TAWAR ‘DOUBLE DEGREE’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LINGGI 11 Jun – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) komited untuk menjayakan kerjasama bidang akademik bersama Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang dianggap mampu memberikan manfaat besar kepada kedua-dua institusi berkenaan pada masa akan datang.

Naib Canselor UNIMEL Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly berkata, kedua-dua pihak kini sedang dalam proses perbincangan untuk menawarkan ‘Double Degree’ dalam pengkhususan tertentu menerusi tempoh pengajian selama tiga tahun.

Katanya, apabila dilaksanakan penuntut bidang berkenaan akan mengikuti pengajian selama setahun setengah di UNIMEL dan bakinya pula di ALAM atau sebaliknya mengikut kesesuaian.

“Perkara ini sudah dibincangkan bersama pihak pengurusan ALAM dan ia juga selaras dengan hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahu melihat jalinan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi ini yang akan memberikan manfaat kepada Negeri Melaka.

“Namun kita perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), jika semuanya berjalan lancar insya-Allah kita bolehtawarkan kursus ini kepada mereka berminat pada tahun hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, selain kerjasama akademik UNIMEL juga berkemampuan untuk membantu daripada aspek menyediakan kemudahan penginapan kepada penuntut ALAM.

Jelasnya, bangunan asrama sedia ada di Kampus UNIMEL di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah juga boleh diubahsuai mengikut kesesuaian yang ditetapkan oleh ALAM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

496
Kongsi :
Previous post PELANCONG INDONESIA GEMAR ‘HEALING’ DI MELAKA
Next post HOTEL MITC RAI 37 MURID PPKI SK KRUBONG 2