Sorting by

×

ANUGERAH 100 TERBAIK DUN KESIDANG BENTUK KEYAKINAN DIRI MURID

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KESIDANG 13 Jun – Pengiktirafan terhadap murid cemerlang menerusi Anugerah 100 Terbaik Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang disifatkan sebagai satu bentuk inisiatif yang amat bermanfaat dalam menyuntik motivasi dan membentuk keyakinan diri.

Keyakinan diri dukan sekadar melahirkan kanak-kanak yang bijak aspek akademik sebaliknya juga aktif dalam aktiviti berbentuk kokurikulum.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Kota Melaka: Kampung Kita DUN Kesidang di Dewan Lestari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera 1, di sini, semalam.

Bagi Elly Sukmawarda Marsom @ Abdul Razak, 41, dari Taman Pandan Indah, Tengkera, kejayaan anaknya menerima Anugerah Jaguh Arena dianggap sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha lebih gigih, terutama menjelang kemasukan ke sekolah menengah tahun hadapan.

“Bagi saya, ini sangat bagus kerana ia memberi dorongan kepada anak saya untuk lebih berusaha. Anak saya memang ada potensi dalam sukan.

“Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin dan pihak sekolah atas inisiatif ini. Ia sangat bermakna untuk menggalakkan anak-anak terus cemerlang,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Syaidatul Shila Mohd Yaim, 34, dari Taman Limbongan Permai turut meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya menerima Anugerah Permata Potensi atas pencapaian aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Anak saya yang berusia 12 tahun ini bukan sahaja aktif dalam sukan ragbi mewakili sekolah, malah turut menyertai aktiviti robotik dan ‘stacking’ selain cemerlang dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.

“Saya sangat menghargai program seperti ini kerana ia membina semangat anak-anak untuk terus berjaya pada masa akan datang. Saya harap dia akan teruskan usaha sejak kecil dan tidak melupakan guru-guru yang banyak memainkan peranan dalam menentukan kemenjadian murid,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

424
Kongsi :
Previous post WRUR TELOK MAS BERI PENDEDAHAN ANAK MUDA DUNIA KESUKARELAWANAN
Next post WRUR PAPAR REALITI PEMIMPIN SAYANG RAKYAT