
Pelajar UiTM Alor Gajah serah ‘Kit Syawal’ kepada ibu tunggal
ALOR GAJAH 17 Jun – Pelajar Semester Akhir Diploma Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, baru-baru ini menyerahkan ‘Kit Syawal’ kepada 160 ibu tunggal di tiga daerah negeri ini.
Program dikenali sebagai #KitaBantu merupakan kerjasama di antara UiTM dan Persatuan Pencinta Damai, salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bergiat aktif di Melaka semenjak 2016.
Ketua Projek, Muhammad Nabil Khairul Anuar berkata, dana sebanyak RM8,000 berjaya dikumpulkan daripada orang ramai dalam masa lima hari melalui platform media sosial bagi pelaksanaan program #KitaBantu.
Beliau berkata, jumlah sumbangan terkumpul itu telah diiagihkan kepada 160 ibu tunggal dalam bentuk ‘Kit Syawal’ yang mengandungi bahan masakan seperti ketupat, kurma
ayam, kari ayam, kudapan serta kordial.
“Kit Syawal ini diagihkan di daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin melalui Persatuan Ibu Tunggal yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Melaka.” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya inisiatif berkenaaan merupakan satu usaha para pelajar tahun akhir tersebut untuk melibatkan diri dalam keusahawanan dan kesukarelaan sekaligus menempa
memori sebelum menamatkan pengajian.
Views:
Related
Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...


