LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

TANJUNG BIDARA 18 September – Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, diharap mampu mengurangkan risiko kemalangan sebelum ini kerap dilaporkan di lokasi itu.

Pengusaha warung Dr. Norasiken Bakar, 60, selain kepentingan pengguna jalan raya lampu isyarat itu juga dianggap satu keperluan kerana lokasi persimpangan berkenaan tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Balak.

“Laluan ini agak sibuk dan turut menjadi akses kenderaan berat dari kawasan perindustrian berhampiran, sebelum ini kemalangan turut melibatkan anak kepada kenalan saya.

“Tak sanggup saya lihat mangsa menahan sakit, kemalangan menyebabkan ada yang parah, koma dan menyedihkan apabila melibatkan kehilangan nyawa,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas simbolik perasmian lampu isyarat berkenaan yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Ir. Mohamad Salzeli Moktar dan lain-lain kenamaan.

Menurutnya, kemudahan terbaharu itu amat melegakan pengguna jalan raya khusus penduduk sekitar selepasΒ  kira-kira dua tahun menunggu.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri atas keprihatinan dan tanggungjawab beliau dalam memastikan lampu isyarat dipasang di persimpangan ini,” katanya.

Sementara itu, bagi mangsa kemalangan Muhammad Faris Moktar, 22, berkata, pemasangan lampu isyarat di persimpangan itu memberi makna amat besar kepada dirinya selepas pernah melalui pengalaman hitam ketika melalui lokasi terbabit pada Jun 2024.

“Walaupun tidak mengalami kecederaan teruk hanya motosikal yang rosak tetapi selepas kejadian setiap kali melalui lokasi itu saya lebih berhati-hati.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri yang juga wakil rakyat kawasan kerana prihatin dengan masalah penduduk sekali gus dapat mengurangkan risiko kemalangan di persimpangan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post WRUR TANJUNG BIDARA: HEBAT TERIMA LEBIH 124 ADUAN
Next post ADUAN RAKYAT JADI β€˜PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF