
PKPD Taman Mewah, Kelemak dilanjutkan sehingga 30 Julai
KUALA LUMPUR 15 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan dua minggu lagi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan PKPD di kawasan itu akan dilanjutkan sehingga 30 Julai ini.
Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan PKPD di kawasan itu bermula 3 Julai susulan berlaku peningkatan kes COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.
Mengikut data dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, mukim Kelemak, Alor Gajah masih merekodkan pertambahan kes, dengan jumlah 235 kes yang masih aktif setakat hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANUGERAH PERDANA BELIA JULAI INI, PENGIKTIRAFAN UNTUK ANAK MUDA MELAKA
RIM 28 Jun – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 dijangka diadakan pada 8 Julai 2026 sebagai...
WRUR RIM : PENDEKATAN TURUN PADANG TERBUKTI BERKESAN SELESAI ADUAN RAKYAT
RIM 28 Jun - Hanya 50 aduan direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim...
PELABURAN BERIMPAK TINGGI PERKASA MASA DEPAN ANAK MUDA MELAKA
RIM 28 Jun – Melaka memperuntukkan hampir RM70 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan belia, memperkasa fasiliti sukan serta inisiatif...
BELIA PERLU PERKUKUH POTENSI DIRI SEBELUM USIA 30 TAHUN
RIM 27 Jun – Anak muda perlu lebih agresif, melakukan persiapan untuk membina, sekali gus memperkukuh potensi diri dengan memanfaatkan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
BUKAN SEKADAR RIDE, KONVOI PEMUDA ALOR GAJAH ERATKAN SILATURAHIM
AYER KEROH 27 Jun – Bukan sekadar mengumpulkan ribuan penunggang motosikal, sebaliknya menjadi platform menyatukan komuniti menerusi minat yang sama....
