
Pegawai AADK didakwa sebabkan kematian seorang lelaki
YAN 21 Sept. – Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki pada Julai lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Md Ilyas Syahmi Ibnu, 34, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad.
Mengikut pertuduhan, Md Ilyas Syahmi yang bertugas di AADK Kuala Muda didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki berumur 24 tahun di hadapan bangunan Pejabat Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda, Sungai Petani kira-kira 10.40 malam pada 18 Julai.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 20 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik dan kimia.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dan Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala Peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari dan Nur Elissa Baharudin mewakili Md Ilyas Syahmi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
