
Ketua Menteri santuni warga Felda Tun Ghaffar Menggong
MACHAP JAYA 29 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali awal pagi tadi menyantuni warga Felda Tun Ghaffar Menggong, di sini.
Sulaiman menerusi hantaran di Facebook rasminya menjelaskan beliau berpeluang kediaman warga Felda terbabit menerusi Program Sentuhan Kasih selain turut beramah mesra dengan penduduk setempat.

“Pagi ini saya berpeluang menyantuni empat keluarga yang juga warga Felda Tun Ghaffar Menggong pada program Sentuhan Kasih. Rumah pertama yang saya kunjungi ialah kediaman Puan Hajah Nuresah binti Hj Mahmud, 87; disusuli kediaman Encik Mohd Hanif bin Hj Mahmud, 81, dan Puan Arai binti Saub, 76.
“Saya juga menyantuni program Sentuhan Kasih dengan berkunjung ke rumah Tuan Hj Zaiton @ Derus bin Kasim, 85, dan isterinya Puan Maimunah binti Yusuf, serta turut beramah mesra dengan Encik Maamor bin Maarop, 69, dan Zaleha binti Aman, 67,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Melaka Datuk Wira Koh Nai Kwong.
Views:
Related

Berita Lain
DUYONG HIMPUN SEMUA, TOK RAUF SANTUNI SEGENAP LAPISAN RAKYAT
DUYONG 3 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi empat...
ANUGERAH SERI MELAKA BAKAL TAMBAH KATEGORI TAHUN DEPAN
AYER KEROH 2 Ogos - Kerajaan Negeri bercadang menambah baik Anugerah Seri Melaka pada tahun depan dengan menambah lebih banyak...
‘PERMATA’ MELAKA BERJAYA DISERU BUKA LEBIH BANYAK PELUANG UNTUK ANAK NEGERI
AYER KEROH 2 Ogos - Anak Melaka yang telah berjaya mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang diseru menggunakan pengalaman, kepakaran serta...
ANUGERAH SERI MELAKA JULANG JASA, UKIR LEGASI PERMATA NEGERI
AYER KEROH 3 Ogos - Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri menganjurkan Anugerah Seri Melaka bertujuan untuk mengangkat legasi permata Melaka...
ANAK JATI MASJID TANAH JULANG ANUGERAH SERI MELAKA
AYER KEROH 2 Ogos - Lebih empat dekad pengalaman dalam sektor hartanah, perbankan dan korporat mengangkat Datuk Sr. Azmar Talib...
RM150,000 SENTUH HATI RAKYAT DUYONG
DUYONG 2 Ogos - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dan bantuan bernilai hampir RM150,000 bagi memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat...

