
Persekutuan Pekilang rayu kerajaan pertimbang semula pelaksanaan gaji minimum RM1,500
āKami berpendapatĀ bahawa kenaikan kadar gajiĀ secaraĀ beransur-ansur masih akan dapat menangani kenaikan kos sara hidup disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan gangguan bekalan yang berlaku.
āJusteru, majikan akan terus merancang untuk menaikkanĀ gaji pada tahun 2022 dan iaĀ akan dapat menangani tekanan kos sara hidup,ā kata presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata FMMĀ yakinĀ dengan kawalan yang diperlukan terhadap kenaikan kos oleh kerajaan serta usaha bersepadu oleh industri untuk membiayai kenaikan kos secara dalaman, majikan boleh terus mengekalkan pekerjaan dan pelarasan gaji.
Soh berkata kenaikan daripada kadar gaji minimum semasa RM1,200 kepada RM1,500 mewakili kenaikan serta-merta sebanyak 25 peratusĀ ke atas gaji pokok yang akan memberi kesan ke atas kos gaji keseluruhan dan ia memberi kesan kepada perniagaan dan pemulihan ekonomi.
Berdasarkan penemuanĀ Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia baru-baru ini separuh kedua 2021 yang dijalankan dari 5 Januari ā 10 Februari 2022, majoriti responden kajian itu berpendapat kenaikan RM100 dalam gaji minimum adalah kadar yang boleh diterima berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa.
āSehubungan itu, FMM telah memberi cadangan kepada kerajaan supaya pelarasan gaji minimum dilaksanakan secara berperingkat dengan kenaikan RM100 pada suku ketiga tahun 2022 dan pelarasan seterusnya pada tahun 2023/2024, kenaikan kepada RM1,500,ā katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


