
Kes mayat wanita dalam gaung, tiga individu direman
SEREMBAN, 23 Mac – Dua lelaki dan seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita yang dijumpai dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata polis menahan dua lelaki, masing-masing berusia 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berusia 18 tahun itu bermula hari ini hingga 29 Mac ini.
“Dua lelaki tersebut ditahan di sebuah rumah di Taman Nee Yan, Temiang di sini manakala wanita itu pula ditahan di Jalan Persiaran Utama S, Seremban 2.
“Mangsa dipercayai rakyat Malaysia tetapi pengenalan tepat masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan mayat wanita tanpa identiti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan laporan bedah siasat mayat itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan punca kematian.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI WAKIL RAKYAT TURUN PADANG SETIAP HARI
RIM 21 Jun - Melaka terus membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar dekat di hati rakyat menerusi pelbagai usaha dan inisiatif...
WRUR: LEBIH 300 PROGRAM DEKATI 134,000 RAKYAT JASIN
RIM 21 Jun - Lebih 300 program bermanfaat untuk rakyat akan diadakan selama empat minggu Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PEMBIAYAAN LEBIH RM92 JUTA DILULUSKAN DI MELAKA, 4,300 USAHAWAN DAPAT MANFAAT
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Lebih 4,300 usahawan di Negeri Melaka telah menerima manfaat pembiayaan berjumlah lebih RM92 juta setakat...
HARGA DIESEL BERSUBSIDI RM2.10 SELITER UNTUK RAKYAT MALAYSIA MULAI JULAI – PM ANWAR
BINTULU, 21 Jun - Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026,...
