
“Sambutlah merdeka walau apa jua cara” – Sulaiman
BANDA HILIR 31 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menyeru semua rakyat negeri ini agar terus menyemarakkan sambutan kemerdekaan mengikut cara sendiri.
Katanya, walaupun sambutan kali ini berbeza berbanding 62 tahun lalu, namun ia bukanlah penghalang untuk semua rakyat mempraktikkan cara masing-masing untuk menyambut kemerdekaan bagi memastikan sambutan ini tidak pudar di masa akan datang.
“Sambutan kemerdekaan ada pelbagai cara. Melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram juga kita boleh tunjukkan rasa cinta pada negara.
“Walaupun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemerdekaan ini mesti kita sambut supaya ia tidak malap atau pudar kepada generasi akan datang.
“Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri Melaka yang bersama-sama menyemarakkan sambutan kemerdekaan tahun ini termasuklah membawa keluarga ke lokasi-lokasi sambutan dan melihat percikan bunga api,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Ambang Merdeka peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Sungai Melaka, sebentar tadi.
Mengulas mengenai sambutan yang dipancarkan secara langsung menerusi platform Facebook itu, Sulaiman merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan sambutan Kemerdekaan ke-63 tahun ini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...


