
Dua wanita maut dalam kebakaran lima rumah di Tawau
TAWAU, 12 Jun – Dua wanita maut dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama di sini awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Julius John Stephen Jr berkata mayat Kamisah Mapiasah, 40, dan Sadiah Jabar, 70, ditemukan dalam sebuah rumah jenis dua tingkat.
“Sepasukan 19 pegawai dan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.53 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi pemadaman yang tamat sepenuhnya pada 3 pagi turut dibantu anggota Bomba Komuniti Sri Titingan.
Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA HARI INI BOLOT 8 ANUGERAH MEDIA KETUA MENTERI 2025
BANDA HILIR 14 Disember - Melaka Hari Ini Sdn Bhd membuktikan reputasinya sebagai antara agensi berita terbaik Negeri Melaka apabila...
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
