
Melaka benarkan makan dalam kedai, bermula Jumaat ini
AYER KEROH 3 Jun – Semua premis makanan termasuk restoran, kedai makanan dan hotel di negeri ini dibenarkan makan didalam premis berkuatkuasa pada Jumaat ini.
Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md. Ali berkata, kebenaran itu diputuskan kerajaan negeri pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 negeri, hari ini, yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan.
Beliau berkata, walaupun kebenaran makan di dalam (dine in) premis diberikan, namun hidangan secara bufet tidak dibenarkan, selain masa beroperasi terhad sehingga jam 10 malam sahaja.
“Kebenaran ini berkuatkuasa pada 5 Jun (Jumaat) sempena Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7.
“Walau bagaimanapun kebenaran yang diberikan masih tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Menurut beliau, susun atur dalam premis juga mesti mematuhi SOP ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja.
“Ini bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan setiap satu meja tidak melebihi empat orang,” katanya.
Sulaiman berkata, kerajaan negeri berharap dengan kebenaran terbaru ini akan dapat merancakkan semula aktiviti ekonomi negeri, terutama dalam sektor makanan dan minuman.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR: MPAG PERUNTUK RM490,000 BAIKI, BINA RUMAH KELUARGA MEMERLUKAN
DURIAN TUNGGAL 5 November - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperuntukkan sebanyak RM490,000 bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih serta pembinaan...
WRUR: BELIMBING DALAM ‘KAMPUNG PERTANIAN’ DUN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 5 November – Kampung Belimbing Dalam kini semakin menyerlah sebagai kampung pertanian apabila pelbagai hasil ternakan dan tanaman...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM DIGITAL, PERKASA PEMBANGUNAN DATA
BANDARAYA MELAKA 4 November - Pelaksanaan beberapa inisiatif strategik berkaitan pembangunan data membuktikan Melaka memanfaatkan teknologi itu selari dengan agenda...
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN KOMITED PACU JASIN MENUJU MASA DEPAN PINTAR
SERI NEGERI 5 November - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari bertekad memperkukuh visi dan misi...
PENIAGA DURIAN MAUT JATUH DARI TINGKAT EMPAT
BANDA HILIR 4 November - Seorang peniaga durian ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat tempat letak kereta, Plaza...
WRUR: BAKI 90 PERMOHONAN PTK KAMPUNG BERINGIN SELESAI DALAM MASA TERDEKAT
DURIAN TUNGGAL 4 November - Baki 90 lagi permohonan tanah rizab di Kampung Beringin dijangka menerima Surat Kelulusan Permohonan Tanah...

