
Mayat nelayan lemas ditemukan di Pulau Jerejak
GEORGE TOWN, 3 Oktober – Mayat seorang nelayan ditemukan terdampar di pantai Pulau Jerejak, dekat sini semalam selepas dilaporkan hilang, dipercayai terjatuh dari botnya ketika menangkap ikan di kawasan perairan Jelutong, di sini pada Sabtu lepas.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata mayat Mohd Shahrul Mansor, 37, ditemukan oleh orang awam pada 12.45 tengah hari semalam sebelum memaklumkan kepada pihaknya melalui melalui MERS 999.
“Mangsa yang beralamat di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan dekat sini dipercayai terjatuh dari sampan di perairan Jelutong ketika keluar menangkap ikan.
“Dipercayai, ketika kejadian cuaca buruk dan ia berdasarkan laporan polis yang diterima oleh Balai Polis Jelutong. Mayat mangsa lelaki yang ditemukan lengkap berpakaian, dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan komuniti maritim agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk namun jika keadaan mendesak mereka perlu mengutamakan keselamatan iaitu sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini kurang baik.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
