SME Corp bantu usahawan DMDI tembusi pasaran Arab Saudi

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 3 Oktober- SME Corporation Malaysia (SME Corp) akan membantu usahawan tempatan menembusi pasaran Arab Saudi yang dijangka bermula  tahun hadapan.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee berkata, perkara itu kini dalam peringkat perbincangan dan dijangka dilaksanakan sebelum Ramadan.

“Kami melihat peluang untuk memasarkan produk Malaysia ke Arab Saudi dengan kerjasama usahawan tempatan yang bermastautin di negara berkenaan.

“Pihak kami menyerahkan kepada Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) memilih usahawan tempatan bagi menembusi pasaran di Arab Saudi nanti,” katanya pada sidang media Program Kerjasama Strategik Memperkasa Keusahawanan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) SME Corporation Malaysia (SME Corp) bersama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di sebuah hotel Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy serta Pengerusi Yayasan DMDI Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Sementara itu Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, perkara itu akan dibincangkan pada Konvensyen DMDI dijadualkan berlangsung di Kemboja Mac depan yang menghimpunkan usahawan daripada 23 buah negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1915
Kongsi :
Previous post Mayat nelayan lemas ditemukan di Pulau Jerejak
Next post Pekerja P-Hailing digalak mencarum dengan Perkeso
Ubah saiz-+=