
PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bermula tengah malam ini
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah, berkuat kuasa 12.01 tengah malam Rabu ini (7 Okt).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB itu bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19 di tiga lokasi itu, selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.
“Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan dan hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan.
“Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.
Beliau berkata sepanjang tempoh PKPB itu, kemasukan ke Sabah juga adalah tidak dibenarkan kecuali bagi warganegara yang berasal dari Sabah, pemegang pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah bagi mereka yang berada di Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, serta pasangan yang menjalankan perkhidmatan perlu.
Views:
Related

Berita Lain
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
