
Periksa pendawaian elektrik kediaman berusia lebih 20 tahun
ASAHAN 8 Oktober – Pemilik kediaman yang berusia lebih 20 tahun dinasihatkan supaya memeriksa sistem pendawaian elektrik bagi mengelakkan risiko berlaku litar pintas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, saranan itu perlu diberikan perhatian khusus kepada pemilik kediaman sudah berusia di luar bandar.
Katanya, kejadian litar pintas penyebab kebakaran hingga mengakibatkan ramai kehilangan tempat berteduh dan mengalami kerugian harta benda yang dilaporkan sebelum ini wajar dijadikan ikhtibar.
“Seperti warga emas menerima kunci rumah baharu hari ini, kediaman lama mereka yang berusia 49 tahun terbakar dipercayai akibat litar pintas.
“Namun syukur kerana mereka berdua sempat menyelamatkan diri. Kerapkan memeriksa pendawaian elektrik rumah supaya kejadian tidak diingini boleh dielakkan,” katanya selepas menyerahkan kunci kediaman baharu kepada Ali Md Som, 84, dan Hamidah Ithnin, 79, di Batu 21 3/4, Kampung Bukit Senggeh, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: KEPIMPINAN PAS IKRAR SOKONGAN PENUH BUAT CALON BN REMBIA
REMBIA 3 November - Hubungan baik yang terjalin sejak era Muafakat Nasional (MN) menjadi asas kepada sokongan kepimpinan PAS terhadap...
PRN MELAKA: BOLA SEPAK SATUKAN JENTERA BN-PAS DI REMBIA
REMBIA 3 November - Perlawanan persahabatan bola sepak antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
TOK HAMEED SANTUNI PENGUNDI USIA HAMPIR 100 TAHUN DI SUNGAI SIPUT
AYER LIMAU 3 November - Kediaman Mohd Yusof Taib, 98, di Kampung Sungai Siput antara persinggahan calon Barisan Nasional bagi...
PRN MELAKA: USAHA BN DI REMBIA REDAKAN BANJIR, PENDUDUK SUNGAI PETAI LEGA
REMBIA 3 November - Pembinaan longkang baharu di Kampung Sungai Petai berjaya mengatasi masalah banjir berulang yang sekian lama membelenggu...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...
