
Batu disangka bom
AYER MOLEK 18 Okt. – Objek yang didakwa bom yang ditemui orang awam di Kampung Solok Jenuang, di sini malam tadi bukanlah bahan letupan sebaliknya bahan mampatan simen yang digunakan sebagai batu tanda.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu pada jam 11.05 malam tadi.
Katanya, siasatan awal mendapati kawasan penemuan itu merupakan kawasan tanah lapang yang baru dibersihkan jentera pertanian.
“Siasatan lanjut mendapati objek berkenaan ditemui ketika proses pembersihan tanah tersebut dan ianya di letakkan di bawah pokok berhampiran dengan Jalan Jenuang, laluan yang digunakan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata susulan penemuan itu, pihaknya meminta bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk menjalankan pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati objek tersebut bukan sejenis bom atau bahan letupan, sebaliknya bahan mampatan simen dan besi, yang dijadikan sebagai batu sempadan tanah atau batu tanda.
“Berikutan itu, kerja-kerja ‘flushing’ oleh UPB diteruskan di kawasan tersebut bagi menentukan sama ada kawasan berkenaan bebas dan selamat dari sebarang bahan letupan lain yang mungkin tertanam di kawasan itu,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: MELAKA PERLU JADI PENCETUS GELOMBANG BN-PN KE PUTRAJAYA – AHMAD MARZUK
SERKAM 12 November - Melaka perlu menjadi pencetus kepada gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat...
PRN MELAKA: ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’ JADI TAWARAN AZRIL
REMBIA 12 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz...
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November – Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...
SEMBOYAN 14 NOVEMBER: LANGKAH BAHARU BN-PN MENUJU PUTRAJAYA
TABOH NANING 12 November – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bukan sekadar medan menentukan siapa diberi mandat untuk mentadbir...
TUNJUK ‘JARI BERCELUP’, NIKMATI DISKAUN 10 PERATUS MASUK ZOO MELAKA
AYER KEROH 12 November - Jari bertanda dakwat pilihan raya bukan sekadar bukti sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, malah boleh...
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
