
Kakitangan Perangkaan Pahang maut kereta bertembung lori
KUANTAN, 3 April – Dua kakitangan Jabatan Perangkaan Pahang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung lori di Kilometer 55 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di Pekan hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku pada 8.30 pagi dan mangsa Ruzana Mohamad Agin, 50, dan Suhaizan Abdullah, 41, disahkan maut di lokasi kejadian.
Ruzana beralamat di Perumahan Dato Shahbandar manakala Suhaizan dari Kampung Bentan, Kuala Pahang, kedua-duanya di Pekan, difahamkan dalam perjalanan atas urusan kerja di Rompin.
“Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu Ruzana dari Pekan ke Rompin terbabas semasa mengambil selekoh akibat jalan licin lalu memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan lori yang tidak dapat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata pemandu lori berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.
Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB BELI MINYAK MASAK TERPAKAI RM3.20 SEKILOGRAM
AYER KEROH 16 Mei - Sebanyak 2.5 tan minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan menerusi Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB)...
BANDA HILIR ‘HIDUPKAN’ PERMAINAN RAKYAT
BANDA HILIR 16 Mei - Permainan rakyat yang pernah menjadi medium penyatuan masyarakat suatu ketika dahulu wajar dihidupkan semula menerusi...
MELAKA BAKAL PERKENAL ‘PENTERNAKAN IKAN DIGITAL’
MERLIMAU 16 Mei - Penternakan ikan di Melaka bakal ditransformasikan dengan pengenalan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai...
589 ‘KANTOI’ BUANG SAMPAH DI MELAKA, 17 KENA PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
AYER KEROH 16 Mei - Sebanyak 589 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan terhadap individu yang didapati membuang sampah kecil merata-rata...
LEMBU, KERBAU TANPA ‘TAGGING’ DI MELAKA BOLEH DIANGGAP TIADA TUAN
MERLIMAU 16 Mei - Melaka mewajibkan semua lembu dan kerbau ternakan di negeri ini dipasang 'tagging' pada telinga sebagai langkah...
MELAKA SALUR RM16.96 JUTA PERKUKUH PERTANIAN, KETERJAMINAN MAKANAN
MERLIMAU 16 Mei - Sejumlah RM16.96 juta telah diperuntukkan menerusi bajet negeri bagi memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan dalam...
