Sambutan Hari Bomba 2023: Insiden timpa Allahyarham Mohd Diya usik emosi penonton

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

BANDA HILIR 14 Mei – Pantomim lakonan semula detik akhir anggota bomba, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh yang terkorban ketika operasi penyelematan banjir mengusik emosi penonton dalam Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 di Dataran Pahlawan, di sini hari ini.

Persembahan penuh emosi itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Tun Mohd Ali Mohd Rustam; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Datuk Abdul Wahab Mat Yassin dan Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain.

Tragedi yang terjadi di Kampung Sungai Putat, pada 20 Oktober dua tahun lalu antara lakonan semula pelbagai insiden perjuangan wira merah ketika mendeklamasi sajak disampaikan oleh Pegawai Bomba Mohd Fauzi Jamikah dan Penolong Penguasa Bomba Seri Tuti Hadayani Salleh.

Dalam persembahan berkenaan, turut ditampilkan upacara penyerahan barangan peribadi dipakai Allahyarham Mohd Diya seperti jaket dan topi keselamatan kepada anak-anak disampaikan Tun Mohd Ali.

IMG_0939
MAJLIS Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 di Dataran Pahlawan di sini

Gimik pelancaran sambutan itu menampilkan operasi penyelamatan seorang kanak-kanak yang terperangkap akibat tanah runtuh menjadi simbolik sambutan berkenaan.

Dalam persembahan tersebut, mangsa dilihat diselamatkan oleh pasukan bomba dalam keadaan memeluk erat plat simbolik yang kemudiannya diserahkan kepada Tun Mohd Ali sebagai tanda penghargaan atas bakti ditaburkan kepada negara.

Sambutan itu diteruskan dengan perarakan kontinjen, aset-aset JBPM dan pertunjukan persembahan kebombaan termasuk ‘Abam Sado’ serta pasukan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

Dalam perarakan itu, sebanyak sebanyak 30 kontinjen dan 54 unit jentera membabitkan lebih 1,330 peserta.

Acara sambutan juga diserikan dengan perarakan jentera High Performance Pump Modul, Foam Tender, Water Tanker serta lintas hormat Helikoper Agusta 109E, Agusta Westland AW 189 dan Mi-17.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1583
Kongsi :
Previous post Cakoi panas jadi rebutan
Next post Perjawatan anggota bomba tidak seimbang, perlu kaji semula – Kor Ming
Ubah saiz-+=