
Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan
TANJUNG MALIM, 6 Jun – Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, ditemukan tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seekor anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR).
“Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap.
“Hari ni pasukan penyelamat menumpukan teknik carian di permukaan air dan kita telah menemui mayat dengan jarak kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mangsa ditemui tersangkut dekat pokok di dalam air,“ katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya mayat itu telah dibawa ke Hospital Slim River bagi proses pengecaman oleh waris mangsa.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOS HAJI DIUMUM 22 OKTOBER INI
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Kadar rasmi kos menunaikan ibadah haji bagi musim 2026 bakal diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH)...
BALAI ISLAM KAMPUNG PULAU JADI PUSAT LATIH IMAM MUDA
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Balai Islam Kampung Pulau bakal menjadi pusat melatih imam-imam muda negara pada masa akan datang,...
KAMPUNG ANGKAT MABIMS: PENGHORMATAN BUAT KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Pemilihan Kampung Pulau sebagai lokasi perintis Program Kampung Angkat Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia,...
MIMBJ 2025 ANGKAT MELAKA DESTINASI SUKAN LASAK
RIM 18 Oktober - Penganjuran Melaka International Mountain Bike Jamboree (MIMBJ) 2025 berjaya meletakkan Melaka sebagai destinasi sukan lasak di...
BALAI ISLAM DIBINA DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Sebuah Balai Islam akan dibina di Kampung Pulau, di sini, sekali gus bakal menjadi pusat...
PMR 2025 MELAKA: JPJ MELAKA TAWAR SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA
MERLIMAU 18 Oktober - Penunggang motosikal sekitar Melaka boleh mendapatkan khidmat menukar minyak enjin secara percuma di reruai Jabatan Pengangkutan...