
Sepak mula perlawanan Kuala Lumpur dan Kuching FA dipinda
MELAKA 30 Okt. – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meminda waktu sepak mula perlawanan Liga Premier antara Kuala Lumpur dan Kuching FA di Stadium Hang Jebat ke jam 9 malam esok.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab. Ghani Hassan, pindaan itu dibuat selepas perlawanan Liga Super antara Sabah dan UiTM FC dibatalkan susulan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
“Pindaan ini dibuat kerana perlawanan CIMB Liga Super Bil. 62 di antara pasukan Sabah melawan UiTM FC yang dijadual pada 31 Oktober 2020, jam 9 malam di Stadium Hang Jebat, tidak dapat dimainkan.
“Kerana pasukan Sabah wajib menjalani ujian saringan COVID-19 jenis Polimerase Reaction Chain (PRC) dan perlu menjalani sesi kuarantin kendiri selama 14 hari sebaik sahaja tiba di Semenanjung Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Oleh demikian perlawanan tersebut telah dibatalkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
JANGAN BIAR DIABETES GELAPKAN PANDANGAN ANDA
Oleh: Dr. Yeoh Shao Yin (Serena) Pakar Mata Oriental Melaka Straits Medical Centre KENCING manis atau diabetes adalah penyakit yang...
BAN 0.6 KILOMETER KURANGKAN RISIKO BANJIR KAMPUNG GADEK, LEGAKAN 7,000 PENDUDUK
GADEK 14 Ogos – Pembinaan ban sepanjang 0.6 kilometer (km) membantu mengurangkan risiko kejadian banjir yang menghantui penduduk Kampung Gadek...
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...

