
Tingkat ilmu perkhidmatan pelanggan ‘frontliner’ pelancongan
SERI NEGERI 1 Ogos – Menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang berbaki kira-kira empat bulan lagi, Kerajaan Negeri bakal mempergiatkan kursus-kursus perkhidmatan pelanggan kepada penjaga kaunter, pelayan dan petugas barisan hadapan sektor pelancongan.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kursus itu bertujuan meningkatkan pengetahuan petugas, selain membantu mereka memahami tatacara sebenar melayan pelanggan serta pelancong ke negeri ini.
“Saya percaya kebanyakan ‘frontliners’ pelancongan ini sudah didedahkan dengan kursus-kursus asas yang disediakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
“Pada masa sama, persatuan-persatuan pelancongan, hotel dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) juga akan mengadakan kursus-kursus seperti ini bagi membolehkan semua produk di negeri ini memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab isu tular mengaitkan petugas kaunter salah satu produk pelancongan di negeri ini meninggikan suara kepada pelanggan.
Abdul Razak berkata, mewakili Negeri Melaka, memohon maaf kepada pelanggan berkenaan dan berharap isu itu tidak lagi diperbesarkan dalam membantu membangunkan semula sektor pelancongan yang sebelum ini terkesan dek COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KITA PASTIKAN TANJUNG BIDARA MENJADI TERMASYHUR SEMULA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 November - Sejak menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh melaksanakan...
TOK RAUF MAHU GEN Z BERSAMA-SAMA WARNAI MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda...
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
