
Malaysia kemuka cadangan baharu projek HSR KL – Singapura selepas ada keputusan – PM Anwar
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kepada republik berkenaan selepas memperoleh keputusan awal di peringkat kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata cadangan baharu itu akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk perhatian Singapura.
“Itu belum… baru peringkat kita, sebaik ada keputusan awal baharulah akan diangkat oleh menteri, Anthony Loke kepada perhatian Singapura,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, kerajaan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.
Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat, negara itu sedia berbincang dengan Malaysia mengenai pelaksanaan semula projek berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,047 PESERTA IMARAH MAJLIS MAHABBAH RAMADAN HAWA 2026
BANDA HILIR 1 Mac-Majlis Mahabbah Ramadan anjuran Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) 2026 menghimpunkan seramai 1,047...
KEGEMBIRAAN 84 ANAK YATIM, ASNAF WARNAI Q’ASEH RAMADAN
AYER KEROH 1 Mac - Program Q’aseh Ramadan 2026 diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan umat Islam serta mengimarahkan masjid...
LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
JOHOR BAHRU 1 Mac - Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular yang memaparkan dirinya berpaut...
PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA
AYER KEROH 1 Mac - Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran...
ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pelbagai aduan melibatkan lampu jalan, turapan jalan serta kemudahan awam di bawah kawasan Hujong Padang...
SCIENTEX BINA 3,700 RUMAH MAMPU MILIK DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pembangunan projek perumahan berskala besar seluas 528 ekar (213.6 hektar) oleh Scientex Heights Sdn Bhd...
