
Malaysia kemuka cadangan baharu projek HSR KL – Singapura selepas ada keputusan – PM Anwar
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kepada republik berkenaan selepas memperoleh keputusan awal di peringkat kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata cadangan baharu itu akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk perhatian Singapura.
“Itu belum… baru peringkat kita, sebaik ada keputusan awal baharulah akan diangkat oleh menteri, Anthony Loke kepada perhatian Singapura,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, kerajaan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.
Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat, negara itu sedia berbincang dengan Malaysia mengenai pelaksanaan semula projek berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SELESAIKAN ADUAN RAKYAT KEUTAMAAN ABDUL RAZAK
AYER KEROH 20 November - Menyelesaikan isu dan aduan rakyat menjadi keutamaan Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman selepas dilantik...
EMPAT KAMPUNG DI KUALA LINGGI TERJEJAS BANJIR
AYER KEROH 20 November - Taburan hujan lebat luar biasa dan fenomena air pasang besar dipercayai menjadi punca banjir yang...
HIDUPKAN SEMULA PROJEK TERTANGGUH JADI KEUTAMAAN ACIK ZUL
SERI NEGERI 20 November - Menghidupkan semula projek pembangunan yang tertangguh serta mengusahakan kelulusan segera bagi pelaksanaannya menjadi antara keutamaan...
JKM MELAKA BUKA TIGA PPS TEMPATKAN 38 MANGSA BANJIR
AYER KEROH 20 November - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menguruskan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan keseluruhan 95...
‘SEMAKIN TINGGI ILMU, SEMAKIN TUNDUK’
BANGI 20 November - Semakin tinggi ilmu yang dimiliki, semakin besar tanggungjawab seseorang untuk merendah diri dan memberi manfaat kepada...
‘YB TURUN KAMPUNG’ JADI MISI 100 HARI SITI AISYAH DI PENGKALAN BATU
PENGKALAN BATU 20 November - Program 'YB Turun Kampung' antara medium utama akan digerakkan dalam misi 100 hari pertama bagi...
