
Alley Gator juara bola jaring Liga Sukan Komuniti
KRUBONG 13 Ogos – Pasukan Alley Gator merangkul johan dalam Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2023 di sini, hari ini.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan pasukan itu menyertai kejohanan di peringkat negeri tidak lama lagi.
Naib johan menjadi milik pasukan Ars Team manakala tempat ketiga dimenangi Isda Fighter dan tempat keempat kumpulan Isda Warriors.

Sebanyak 13 pasukan bola jaring terlibat pada kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Krubong.
Kejohanan itu dianjurkan Pejabat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka.
Program diadakan pada pagi tadi disempurnakan Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka (2021), Datuk Haryaty Hamdzah.
Hadir sama, Penolong Pengarah JBS negeri, Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
17 SEKELUARGA NIKMATI PESONA SUNGAI MELAKA WAKTU MALAM
BANDARAYA MELAKA 2 November - Program Melaka Bila Larut Malam edisi November memberi kenangan manis kepada 17 sekeluarga selepas berpeluang...
WRUR: PERKASA SEKTOR PELANCONGAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 2 November - Pemandangan sawah padi yang menarik dan aliran sungai berhampiran dianggap sebagai pakej lengkap bagi perancangan...
WRUR: TERIMA KASIH TAPEM
DURIAN TUNGGAL 2 November - Seramai 60 anak jati Melaka sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal menerima bantuan daripada...
WRUR: TERIMA KASIH KETUA MENTERI HARGAI KAMI
DURIAN TUNGGAL 2 November - "Meskipun cuma berjabat tangan dan disapa oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
WRUR: TAHAN SEBAK DENGAR KELUHAN RAKYAT
DURIAN TUNGGAL 2 November - Pemberian kit makanan mengandungi bahan keperluan asas dapur, sedikit sebanyak menceriakan individu hadir berurusan di...
WRUR: BUKAN SEKADAR DENGAR ADUAN RAKYAT, TETAPI MEDIUM PERKUKUH PERPADUAN
DURIAN TUNGGAL 2 November - Hari Aduan Rakyat Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian...
