Ab Rauf dilantik sebagai Presiden MAFA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 2 Mei – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) menggantikan Datuk Wira Nur Azmi Ahmad.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAFA yang diadakan semalam dipengerusikan Timbalan Presidennya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Menerusi kenyataan dikeluarkan pesatuan itu, berdasarkan perlembagaan itu, pelantikan Ketua Menteri yang baharu secara automatiknya menyandang sebagai presiden persatuan berkenaan.

“Pihak Jawatankuasa Eksekutif MAFA mengucapkan setinggi tahniah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang akan menerajui MAFA bagi mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Melaka.

“Semoga dengan sentuhan presiden akan terus membawa bola sepak melaka ke tahap yang lebih membanggakan demi meletakkan nama Negeri Melaka gah dalam sukan nombor satu dunia pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, kepimpinan persatuan itu turut merakamkan penghargaan kepada Nur Azmi yang telah memimpin persatuan itu sejak Ogos tahun lalu dan telah mencurahkan jasa dan bakti kepada sukan berkenaan.

“Dalam sumbangan beliau adalah antaranya penubuhan Kelab Bolasepak Melaka FC yang kini sedang bersaing dalam Liga M3 di samping penganjuran Kejohanan Piala TYT Melaka (Governor Cup) dan juga pembangunan akar umbi.

“Segala jasa dan sumbangan beliau kepada sukan bola sepak Melaka akan terus diabadikan dalam lipatan sejarah bola sepak Negeri Melaka sebagai salah seorang presiden yang kini hampir menginjak usia satu abad sejak penubuhan MAFA pada 1924,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2821
Kongsi :
Previous post Reezal Merican pengerusi baharu MATRADE
Next post Lima ditahan bantu siasatan kes bunuh pemilik rangkaian klinik kesihatan
Ubah saiz-+=