Ada rekod jenayah, gelaran Datuk boleh ditarik balik

Masa Membaca:55 Saat

KLEBANG 10 Feb. – Gelaran Datuk bagi individu yang mempunyai rekod jenayah dicadangkan untuk ditarik balik bagi menjaga kebesaran dan kehormatan penganugerahan itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, perkara itu diusulkan dalam perbincangan secara maya oleh senator-senator sepanjang tempoh Parlimen tidak bersidang semasa proklamasi darurat ketika ini.

Beliau berkata, cadangan itu diusulkan sendiri oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan dipersetujui oleh ahli Dewan Negara.

“Walaupun Parlimen tidak bersidang, kami masih mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama semua senator secara maya.

“Daripada perbincangan itu kita kumpulkan segala maklumat dan cadangan termasuklah menarik semula gelaran Datuk bagi individu yang didapati bersalah atau mempunyai rekod jenayah.

“Ini tidak lain dan tidak bukan bagi menjaga keistimewaan dan kehormatan anugerah tersebut khususnya di mata masyarakat,” katanya ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Sanitasi Penyemburan Udara di RUTC JPKK Klebang Besar hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali berkata, cadangan itu bagaimanapun akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Negara untuk diputuskan.

“Jadi, ia tertakluk kepada keputusan dalam persidangan selain perkenan Sultan atau Raja serta Yang Dipertua Negeri yang terlibat,” ujarnya.

Views:

643
Kongsi :
Previous post Sanitasi udara inisiatif cegah COVID-19
Next post ATA IMS Berhad sumbang 1,500 beg sekolah
Ubah saiz-+=