ADUN Bemban dilantik Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka berkuatkuasa hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SELANGOR 14 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, lantikan itu berkuatkuasa bagi menggantikan bekas ADUN Paya Rumput, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen yang telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka pada 26 November lalu.

Katanya, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin pula dilantik sebagai Timbalannya yang baharu di negeri ini.

“Pelantikan Dr Mohd Yadzil dan Mas Ermieyati bagi menerajui Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka serta penyusunan semula Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka diyakini dapat memperkuatkan struktur parti dan memperkukuhkan lagi perkhidmatan parti kepada rakyat negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Dr Mohd Yadzil yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov lalu.

“Beliau merupakan Ketua Bahagian Bersatu Jasin dan Timbalan Pengerusi PN Negeri Melaka.

“Dr Yazil berkelulusan Ijazah Perubatan dari Universiti Udayana Indonesia dan pernah berkhidmat di Hospital Melaka dari tahun 2005 hingga 2009 sebelum menjadi Pegawai Perubatan di Poliklinik Hidayah, Jasin.

“Manakala, Datuk Wira Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Naib Ketua Srikandi Bersatu serta Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1015
Kongsi :
Previous post Hamzah, Saifuddin dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang
Next post Belanjawan Melaka 2022: Permudahkan urusan rakyat, seimbang dan inklusif
Ubah saiz-+=